Sukan

Alhamdulillah tahun ini rekod baharu

Pemain lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Abdul Halim tidak mahu pemilihannya bersama kem skuad kebangsaan sebagai pelengkap menjelang aksi persahabatan men3ntang Jordan dan Uzbekistan.

Sebaliknya pemain sayap kelahiran Pulau Pinang yang lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ mahu mengintai peluang membarisi skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bakal beraksi dalam saingan Piala AFF 2020 pada hujung tahun ini dan kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan.

Justeru bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian, Pulau Pinang yang pernah menyertai program realiti Mencari Ramli mengharapkan tugasan bersama skuad Harimau Malaya bukan terakhir buatnya, sebaliknya permulaan terbaik dalam kariernya musim ini.

Syukur selepas tersenarai dalam kem latihan skuad kebangsaan, ini satu permulaan yang baik selain pembakar semangat untuk saya membantu pasukan kebangsaan dan juga TFC.

Saya tahu sukar untuk bermain dengan pasukan Jordan dan Uzbekistan yang berada pada ranking lebih tinggi berbanding pasukan negara.

“Tapi ini peluang kepada saya untuk menambahkan lagi ilmu sekali gus memberi motivasi untuk diri saya untuk meningkatkan lagi prestasi,” katanya.

Sepanjang aksi Liga Super musim ini, bekas pemain Sri Pahang FC musim lalu berjaya mencipta sejarah peribadinya selepas beraksi dalam semua 22 perlawanan liga dan dua aksi awal Piala Malaysia Kumpulan B men3ntang Kuching City FC dan Selangor FC.

Alhamdulillah tahun ini rekod baharu bagi diri saya apabila beraksi dalam semua perlawanan liga bersama TFC dan dua aksi Piala Malaysia sebagai pemain kesebelasan utama.

sumber:- HM

Mungkin minit permainan yang diperolehi ini memberi peluang kepada saya dipilih menyertai kem latihan pasukan kebangsaan, terima kasih kepada barisan jurulatih TFC dan pihak pengurusan.