Bekas pemain import Sri Pahang FC, Dickson Nwakaeme tidak menganggap Dollah Salleh sebagai punca utama masalah prestasi yang dialami skuad Tok Gajah ketika ini.

Masa depan bekas pengendali skuad kebangsaan itu bersama Sri Pahang menjadi persoalan selepas pasukannya bergelut sepanjang Liga Malaysia (Liga M) musim ini termasuk tewas dua kali berturut-turut dalam aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

Bagi Nwakaeme, ia perkara biasa yang perlu diharungi Dollah yang mana jurulatih akan menjadi sasaran utama sekiranya pasukan tidak berjaya menampilkan prestasi terbaik.

Percayalah Dollah Salleh bukan masalahnya. Jurulatih sentiasa menjadi sasaran mudah untuk disalahkan apabila pasukan tidak beraksi baik.

Itulah kebiasaannya kerana penyokong tak berada di dalam pasukan dan tidak tahu serta tidak nampak apa yang berlaku di dalam pasukan pengurusan.

Saya pernah bermain dengan Sri Pahang dua kali, dan pernah bermain di bawah Dollah Salleh. Bukan mahu pertahankan, tapi mahu memberitahu realiti kepada penyokong.

“Sewajarnya Dollah diberi kredit kerana dia tidak pernah bercakap buruk mengenai pengurusan, dia cuba lakukan yang terbaik dengan apa yang pengurusan sediakan kepadanya,” katanya.

sumber:- BH

Semalam, legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail menerusi laporan BH Sukan menegaskan ketika ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai masa depan Dollah sekali pun pasukan bergelut dengan masalah prestasi.