Ketua pasukan skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak mencabar barisan pemain baharu dan muda untuk membuktikan mereka memiliki kualiti tersendiri untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Tonggak pertahanan berpengalaman skuad Harimau Malaya itu menjelaskan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memiliki perancangan apabila menyenaraikan ramai muka baharu atau yang sudah lama tidak dipanggil ke pasukan kebangsaan bagi kem latihan pusat kali ini.

Kali ini memang pemain dipanggil kebanyakkan adalah muka baharu dan pemain muda. Untuk saya, pemain ini ada kelebihan masing-masing daripada sudut pandangan jurulatih.

“Jadi saya harap pemain yang dipanggil kali ini memberi aksi terbaik dan tunjukan sesuatu kepada penyokong bahawa mereka selayaknya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan,” katanya mengulas penyertaan pemain muda dalam skuad kebangsaan bagi aksi persahabatan di Jordan.

Skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ranking 93) dan Uzbekistan (ranking 84) pada Rabu dan 9 Oktober ini dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman.

Bagi kem latihan kali ini, Aidil dilihat akan bergandingan bersama beberapa pemain baharu di bahagian pertahan susulan ketiadaan ramai pemain tonggak utama termasuk Matthew Davies, Dion Cools, dan La’Vere Corbin-Ong.

Selain itu, Aidil tidak menganggap tugasnya sebagai ketua pasukan dan menjadi antara pemain paling senior dalam skuad kali ini teralu berat.

Kali ini tugasan saya sebagai pemain senior, bukan nak kata lebih berat tapi banyak yang perlu dilakukan. Saya kena lebih banyak bimbing mereka dan dalam masa sama saya ingin berikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

sumber:- HM

“Kita tahu Jordan dan Uzbekistan pasukan yang kuat. Cuma saya mengharapkan pemain beri yang terbaik dalam dua perlawanan ini, bagi saya jika kita dapat pamerkan aksi terbaik maka keputusan yang bagus akan dicipta,” katanya.