Sukan

Kemenangan Pertama dalam Piala Malaysia

Juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) meraih tiga mata pertama selepas menewaskan Kelantan United, 1-0 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bahru, sebentar tadi.

Jaringan tunggal dan kemenangan skuad Hobin Jang Hobing diperoleh menerusi jaringan Ferris Danial pada minit ke-80.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan NSFC di tempat ketiga dalam Kumpulan C dengan tiga mata, dibezakan jumlah jaringan dengan Kedah Darul Aman FC di tempat kedua manakala Kelantan United kekal di tempat keempat tanpa sebarang mata.

NSFC sebelum ini tewas 0-2 kepada Melaka United pada aksi pembukaan.

sumber:- HM

Tempat teratas Kumpulan C kini dikuasai Melaka United dengan enam mata selepas memenangi kedua-dua aksi sebelum ini termasuk menewaskan Kedah 3-1 di Alor Setar.