Sukan

Jika tambah masa 15 minit pun mereka tetap macam tu — Mora

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak menafikan pemainnya tampak sukar untuk menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) selepas hanya mampu menang 1-0 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Jelasnya, barisan pemain lawan begitu agresif untuk menutup ruang dan sentiasa mengejar pemain JDT dan bertindak pantas menyerap tekanan sehingga pemain JDT buntu dalam usaha menambah jaringan.

Jika pengadil memberi tambahan masa 15 minit pemain PJ City FC akan berlari dan beraksi dengan intensiti yang sama seperti awal permainan. Itu masalah yang kami hadapi sepanjang 90 minit permainan apabila berdepan benteng yang dikawal oleh lima pemain lawan.

Mereka turun untuk kejutkan kami dan cuba meraih tiga mata tapi kami tetap bersedia memberi cabaran dan kami menguasai permainan malah pasukan lawan gagal menguji penjaga gol, Haziq (Nadzli).

“Kami bernasib baik apabila Gonzalo (Cabrera) menjaringkan gol tunggal perlawanan itu dan kami dapat tiga mata penting,” katanya.

Ditanya mengenai status Bergson Da Silva yang tidak diturunkan pada perlawanan itu, pengendali kelahiran Mexico itu berkata, ia adalah lumrah untuk menggilirkan pemain.

Mengenai kegagalan pemain JDT mencipta jaringan menerusi sepakan sudut, Mora berkata, beliau hairan apabila pemain tidak mengambil kesempatan menghasilkan gol pada situasi berkenaan.

sumber:- HM

“Kami akan merancang dua atau tiga perlawanan persahabatan yang kompetitif untuk mengekalkan momentum setiap pemain kerana saingan Piala Malaysia memiliki aura yang berbeza dan kami perlu bersedia untuk hadapi baki empat perlawanan,” kata Mora.