PJ City muncul sebagai antara pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang paling ‘liat’ dan sering membuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bergelut sebelum meraih kemenangan.

Daripada sembilan pertemuan, PJ City FC berjaya memenangi dua aksi dan seri sekali – satu pencapaian yang boleh dianggap baik apabila berdepan pasukan g3rgasi seperti skuad Harimau Selatan itu.

S3rangan balas pantas PJ City yang diperkasa dengan kehadiran pemain import di jentera depan menjadi ‘s3njata’ utama mereka sehingga berjaya mengejutkan banyak pasukan termasuklah JDT sebelum ini.

Namun, ‘era’ itu tampak sudah berlalu apabila skuad ‘Phoenix’ kini boleh dianggap ibarat patah sayap kerana turun tanpa kelibat sebarang pemain import pada musim ini.

Daripada pasukan yang sentiasa memberi saingan sengit kepada JDT, kini anak tempatan yang membarisi pasukan itu nampaknya belum cukup kuat untuk mendatangkan ‘masalah’ yang sama kepada JDT.

Buktinya, mereka tewas dua kali dalam saingan Liga Super musim ini menerusi agregat 5-0 dengan skuad bimbingan Benjamin Mora tidak melepaskan sebarang gol.

Jadi, situasi semasa menyaksikan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu seharusnya tidak berdepan masalah untuk terus mengutip mata penuh pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Namun, saingan Piala Malaysia sentiasa ada magisnya yang tersendiri, jadi mungkin kejutan sekali lagi dapat disaksikan pada perlawanan kedua Piala Malaysia pula selepas kejayaan Sarawak United menumbangkan Penang FC pada aksi pertama.