Sukan

Pesta gol di Kota Bharu

Empat Gol di Kota Bharu dengan Kelantan FC hanya mampu berpuas hati mengutip satu mata apabila sekadar seri 2-2 men3ntang Sabah FC pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi.

Gol pertama perlawanan dicipta menerusi sepakan penalti oleh kapten Sabah, Risto Mitrevski pada minit ke-31 selepas bola terkena tangan pemain Kelantan FC, Muhammad Zubir Mohd Azmi.

Percubaan pelawat menambahkan gol menerusi sepakan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-36 bagaimanapun hampa apabila penjaga gol Skuad The Red Warri0r, Mohamad Faridzuean Kamaruddin berjaya menangkap kemas bola.

Pasukan tuan rumah kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil sepakan Natanael Siringo Ringo yang pantas merampas bola yang terlucut daripada kawalan penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining.

Pasukan Sabah terus mengasak gawang skuad Kijang menerusi beberapa percubaan yang dilakukan pemain pertahanan import Sabah, Park Tae Su dan sepakan percuma Nazirul Naim Che Hashim namun kedua-duanya gagal menggegar gawang tuan rumah.

Kelantan bagaimanapun berjaya mendahului pelawat apabila Muhammad Haziq Mohd Subri menyambar bola yang terkena tiang hasil sepakan hantaran Ringo pada minit ke-69.

Kegembiraan anak buah Rezal Zambery Yahya bagaimanapun tidak bertahan lama apabila tindakan pertahanan yang menjatuhkan pemain tengah Sabah, Levy Clement Madinda membolehkan pasukan pelawat dianugerahkan sepakan penalti.

sumber:- HM

Mitrevski yang mengambil sepakan penalti sekali lagi tidak mensia-siakannya untuk membolehkan Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-79.