Sukan

Kuching City buktikan mereka bukan biasa – biasa

Perak FC bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Kuching City FC 2-2 pada pertembungan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini, malam tadi.

Beraksi dalam keadaan padang yang licin akibat hujan sejam sebelum perlawanan, tidak menjejaskan rentak permainan yang diperagakan kedua-dua pasukan apabila masing-masing beraksi dengan corak permainan berintensiti tinggi untuk membvru kemenangan.

Seawal minit ke-10 skuad The Cats sudah merobek gawang skuad The Bos Gaurus berpunca daripada bola sepakan percuma kapten Adam Shreen Tambi yang menyaksikan berlaku kekalutan di dalam kotak penalti dan Hudson Dias yang tidak dikawal mer3mbat bola kencang ke penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol, Azri Ab Ghani.

Namun, kelibat Hudson dalam perlawanan itu tidak bertahan lama selepas dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-21 dan diganti oleh Zainuddin Bohri untuk menguatkan posisi tengah pasukan tuan rumah.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Shahril Nizam Khalik mula menggandakan asakan bagi membvru gol penyamaan dan hampir meraih gol pada minit ke-32 selepas bola sepakan lintang Firdaus Sawad terbias di kaki Alyton Alemao yang hanya melewati palang gol tuan rumah ketika penjaga gol, Mohd Iqbal Suhaimi tergamam di gawang sendiri.

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan pada babak pertama, Kuching City FC terlepas peluang menambah jaringan berpunca gerakan menarik Jimmy Raymond yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti bertindak mengumpan bola kepada Michael Ijiezie namun pemain import dari Nigeria itu gagal melakukan penyudah walaupun hanya berdepan Azri.

Bersambung babak kedua, tindakan Alemoa yang menjatuhkan Nana Poku di dalam kotak penalti membawa padah apabila pengadil perlawanan, Usaid Jamal tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-48 dan pemain gantian, Adib Abdul Ra’op mudah menyepak bola masuk tepat ke penjuru kanan menewaskan Mohd Iqbal untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bagaimanapun jaringan penyamaan itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah kembali mendahului 2-1 skuad The Bos Gaurus pada minit ke-67 selepas bola sepakan percuma Alif Hassan dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri gawang sekali gus menewaskan Azri.

sumber:- HM

Pasukan pelawat yang tersentak dengan jaringan itu bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-69 selepas bola umpanan Adib di psisi sayap kanan tepat kepada Aizat Safuan Razali yang pantas merembat bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mohd Iqbal dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.