Sukan

Sah hadapi Piala Malaysia tanpa ketua jurulatih

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, mengesahkan bahawa pasukannya akan menghadapi keseluruhan aksi Piala Malaysia musim ini tanpa ketua jurulatih, Marco Ragini.

Dengan itu, penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya, akan terus menggalas tanggungjawab berkenaan selepas memibimbing pasukan itu dalam perlawanan men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Tambah Norizam, masalah kesihatan menjadi punca Ragini terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia dan berjanji kebajikan pengendali itu akan tetap terjaga sehingga kontraknya tamat pada November ini.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Norizam berkata: “Bagi pasukan Kelantan FC, ketua jurulatih kami, Marco Ragini, sebenarnya tidak berapa sihat dan kami telah menghantarnya pulang ke negara asalnya untuk menjalani pemb3dahan di sana.

“Dia sudahpun berada di sana (Itali), jadi tugasnya akan digalas oleh penolong jurulatih, Rezal Zambery.”Sudah dua atau tiga perlawanan dia menggantikan Marco dan setakat ini, saya berpuas hati,” katanya.

Aksi di Iskandar Puteri menyaksikan JDT menewaskan Kelantan 2-0 hasil jaringan penalti Bergson da Silva dan sentuhan pemusnah Safawi Rasid dalam separuh masa berbeza.

sumber:- astro arena

Kelantan seterusnya akan menantikan kunjungan Sabah dalam aksi kedua Kumpulan D, Khamis ini.