Ketua jurulatih baru Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, lega apabila meraih satu mata ketika berkunjung ke laman Petaling Jaya City FC dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Malaysia semalam.

Bekas pengendali Harimau Malaysia itu berasakan anak buahnya dapat memahami taktikal yang diinginkannya, biarpun baru seminggu bersama skuad The Rhinos itu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, Kim Swee berkata: Mendapatkan satu mata merupakan satu keputusan yang baik, terutama ketika beraksi di laman lawan.

Namun, saya percaya kami masih mampu memperbaiki prestasi, di mana kami mempunyai banyak peuang tetapi tidak dapat jaringan yang kami mahukan. Ia meletakkan kami dalam satu situasi tertekan.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya baru bersama pasukan selama seminggu dan sudah tentu kami masih belum dapat melakukan banyak perubahan.

Apabila pemain cuba mengadaptasi corak permainan saya, sudah tentu akan ada kelemahan juga.”Selepas menjaringkan gol, kami seperti terlena seketika dan ia memberikan ruang buat PJ City untuk mendapatkan gol penyamaan.

“Ia satu perkara yang tidak boleh kami ulangi, di mana kami perlu kekal fokus sehingga tamat permainan,” katanya.Dalam perlawanan di Petaling Jaya itu, Park Tae-soo membuka jaringan pelawat menerusi sepakan percuma gemilangnya pada minit ke-20 sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan buat PJ City pada minit ke-80.

Sepakan percuma dari jarak 40 ela itu jelas mencuri tumpuan dunia sehingga ia dikongsikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu ciapan Twitter mereka.Mengulas mengenai jaringan itu, Kim Swee berkata: Jaringan bertaraf dunia yang dilakukan Park itu akan memberikan impak kepada liga kita.

“Di situ terbukti bahawa liga kita mempunyai mutu yang cukup tinggi dan kita juga mempunyai pemain import yang baik.
“Pada masa sama, ia akan memberikan lebih keyakinan buat pemain yang beraksi dalam liga kita, terutama pemain Sabah, di mana ia mendapat pengiktirafan yang sebegitu besar.”Kemungkinan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan pemain itu sendiri, sama ada kami boleh mendapatkan persetujuan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mencalonkan jaringan itu bagi Anugerah Puskas FIFA,” katanya lagi.