Sukan

Saham Farizal Melonjak

Penolong ketua jurulatih Kelantan FC Reezal Zambery Yahya menyifatkan aksi luar biasa penjaga gol, Farizal Harun menyelamatkan pasukan itu daripada dib3lasah Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas hanya tewas 0-2 pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Reezal Zambery berkata, pengalaman luas Farizal yang pernah beraksi dengan pasukan ternama seperti Felda United dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan FC banyak membantu pasukan itu dan mengelak daripada gawang dibolosi selepas diasak bertali arus barisan pemain JDT.

Farizal menjalankan tugas dengan baik dan memainkan peranan penting sepanjang 90 minit perlawanan apabila kerap memberi arahan kepada benteng supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman s3rangan pemain JDT.

“Dia pantas mengarahkan pertahanan menutup ruang malah kerap menyelamat bola yang mampu menghasilkan gol menerusi gerakan berb@haya pemain JDT dan saya berpuas hati dengan komitmennya sepanjang perlawanan itu,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan skuad The Red Warri0rs, Reezal Zambery mengakui aksi babak pertama tampak berkesan selepas pemain mengikut perancangan taktikal dan mampu menidakkan penguasaan bola di posisi tengah pemain JDT.

Tambahnya, penalti JDT pada minit ke-30 ternyata menjejaskan rentak permainan Kelantan FC yang mula hilang fokus dan terlalu kerap memberi ruang luas kepada pemain tuan rumah bergerak bebas.

Apapun secara keseluruhan kita dapat bertahan dengan baik malah kita ada peluang untuk menjaringkan gol terutama pada babak pertama tapi apabila Nurshamil mengalami kec3deraan dan terpaksa dikeluarkan maka ia beri kesan di posisi serangan Kelantan FC.

Walaupun tewas tapi ia memberi pengalaman terbaik buat pemain muda men3ntang juara Liga Super lapan musim berturut-turut. Pemain muda saya dapat belajar cara permainan JDT yang kerap melakukan transisi bola dengan umpanan tepat dan penguasaan bola.

Sumber:- HM

“Untuk aksi seterusnya, kami akan berdepan Sabah di Kota Bharu dan sasaran adalah mengutip mata walaupun kita tahu pasukan itu akan tampil dengan taktikal berbeza di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee namun kami akan beri saingan,” kata Reezal Zambery.