Sukan

Sentuhan Pertama Kim Swee bawa Kelainan Sabah FC

Sepakan percuma ‘roket’ dari pemain import Sabah FC, Park Tae Su menjadi tumpuan pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Namun jaringan terbabit tidak mencukupi untuk skuad Tambadau meraih kemenangan apabila diikat tuan rumah 1-1 sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Pada aksi terbabit, peluang terbaik PJ City FC hadir pada minit ke-14 selepas Khyril Muhymeen Zambri melakukan satu percubaan jarak jauh namun berjaya ditepis Robson Rendy Rining.

Bagaimanapun, Sabah FC mengejutkan tuan rumah apabila sepakan percuma Tae Su dari jarak 40 meter hinggap di palang sebelum menerjah gawang dan menewaskan Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-20.

Bersambung babak kedua, Robson Rendy terus beraksi cemerlang untuk mengekalkan kelebihan satu gol buat Sabah FC apabila menafikan percubaan leret Darren Lok pada minit ke-53.

Kalamullah memastikan PJ City FC tidak ketinggalan jauh apabila menyelamatkan sepakan penalti Levy Madinda pada minit ke-65 disusuli tandukan Saddil Ramdani pada minit ke-73.

Gol penyamaan yang dicari tuan rumah akhirnya muncul pada minit ke-79 menerusi Darren sekali gus menjadikan kedudukan kembali seimbang buat kedua dua pasukan.

sumber:- BH

Tuan rumah mendapat peluang terbaik untuk mel3dak gol kemenangan pada minit akhir namun Robson Rendy berjaya menghalang percubaan Syahmi Zamri.