Juara 2019 Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan kempen Kumpulan D saingan Piala Malaysia men3ntang Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Di atas kertas, skuad bimbingan Benjamin Mora dilihat tidak berdepan masalah untuk menjinakkan anak didik Reezal Zambery Yahya selepas JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

JDT turun selaku juara bertahan selepas kejohanan tidak dipertandingkan musim lalu akibat pand3mik C0vid-19.

Selepas kejayaan Liga Super, kami mahu satu lagi piala dan akan berusaha untuk mengekalkan momentum kemenangan kerana itu adalah misi JDT dalam setiap perlawanan.

“Tapi saingan Piala Malaysia berbeza dengan aksi liga kerana tempoh perlawanan singkat dan ia akan memberi cabaran buat kami untuk memastikan persiapan rapi dilaksanakan,” kata Mora.

Mora dijangka akan menurunkan skuad terbaiknya bagi mengatasi Kelantan FC yang rata-rata dibarisi pemain muda.

Bergson Dal Silva yang mel3dak 23 gol sepanjang kempen liga akan menjadi taruhan bagi mengemudi jentera s3rangan manakala posisi sayap kiri dan kanan bakal diisi Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.

Leandro Velazquez belum pasti dapat diturunkan selepas mengalami kec3deraan dan kemungkinan gandingan Natxo Insa, Safiq Rahim dan Nazmi Faiz Mansor akan mengemudi barisan tengah.

Seperti biasa Mora akan mengekalkan Farizal Marlias di pintu gawang manakala benteng pertahanan bakal diterajui Mauricio Dos Santos, bergandingan dengan Shane Lowry atau Adam Nor Azlin.

Corbin Ong bakal mengisi posisi bek kiri manakala Matthew Davies di bahagian kanan.

sumber:- HM

“Pemain yang bakal diturunkan nanti tidak boleh memandang ringan dengan prestasi Kelantan FC yang boleh menjadi ancaman dalam perlawananan,” katanya.