Sukan

Kedah Darul Aman FC tampil Sesuatu yang berbeza

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal melakukan beberapa perubahan membabitkan perancangan permainan untuk memberi saingan terbaik pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketua Jurulatih skuad Hijau Kuning, Aidil Sharin Sahak berkata, perubahan berkenaan diperlukan bagi mendapatkan strategi terbaik berdasarkan saingan Piala Malaysia yang berbeza berbanding Liga Super.

Saya melihat akan ada sedikit perubahan strategi melibatkan perancangan pasukan apabila beraksi dalam kumpulan untuk saingan Piala Malaysia kali ini berbanding corak perancangan dalam Liga .

Untuk saingan liga, kita harus kekalkan konsistensi bagi dapatkan keputusan terbaik dan tempat teratas dan itu sudah kita capai pada saingan Liga Super.

“Manakala untuk aksi Piala Malaysia kali ini pula akan ada sedikit perbezaan di mana saya akan cuba melakukan beberapa pertukaran supaya pemain dapat sesuaikan diri mereka dengan posisi masing-masing,” katanya.

Aidil juga berkata, skuadnya yang kini sedang bersemangat menjalani persiapan perlu lebih fokus dan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dalam dua perlawanan terawal bertemu Kelantan United FC pada 27 September dan Melaka United (30 September).

“Kita tidak mahu ambil mudah dalam dua perlawanan awal dalam kumpulan C ini kerana kita beraksi di laman sendiri dan kita wajib ambil kesempatan untuk mendapatkan kemenangan apabila beraksi di laman sendiri.

sumber:- HM

“Insya-Allah pemain akan berikan aksi terbaik mereka dalam dua perlawanan awal ini dan apa yang penting adalah perlu sentiasa fokus pada pelan permainan yang dirancang untuk cabaran Piala Malaysia kali ini,” katanya.