Sukan

Zaquan Adha sifatkan bukan pilihan

Kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak menyifatkan skuad Hobin Jang Hobin sebagai ‘underdog’ atau bukan pilihan dalam Kumpulan C saingan Piala Malaysia meskipun baru saja dinobatkan sebagai juara Liga Perdana.

Beraksi dalam kempen Piala Malaysia bukan sesuatu yang mudah kerana ia bakal

menyaksikan graf saingan itu lebih tinggi berbanding Liga Perdana. Malah kita memang

tahu kualiti yang ada pada pasukan Liga Super tetapi kita akan cuba bersaing.

Bersaing dengan pasukan seperti Kedah dan Melaka United FC di peringkat kumpulan bukan mudah dan jika berjaya melepasi halangan di peringkat seterusnya akan bertembung pula dengan beberapa pasukan lain yang lebih hebat.

Apapun, NSFC akan cuba memberikan saingan terbaik, namun kita akan sentiasa menjadi sebagai pasukan underdog,”katanya di sini.

Bekas pemain kebangsaan itu menjadi tonggak penting dalam membantu NSFC menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC), 4-2, pada aksi terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Zaquan Adha berkata, NSFC tidak mahu terlalu tertekan menghadapi kempen Piala Malaysia kerana sasaran yang ditetapkan pasukan pada musim ini iaitu layak ke Liga Super musim depan sudah tercapai.

Bagaimanapun, selaku juara Liga Perdana, NSFC tetap mahukan keputusan positif dapat dicapai dalam setiap perlawanan di peringkat kumpulan walaupun sedar ianya memerlukan kerja keras dan komitmen yang tinggi.

Namun begitu, saya yakin dan percaya hasil kejayaan berganda yang dicapai pasukan musim ini, dapat menaikkan semangat serta keyakinan diri setiap pemain untuk terus memberikan persembahan terbaik pada saingan Piala Malaysia itu nanti,”katanya.

Kepulangan Zaquan ke Negeri Sembilan pada musim ini dianggap tepat pada waktunya selepas 10 tahun berkelana. Dia memilih berhijrah ke beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama abangnya, Muhamad Adil Zafuan.

sumber: HM

Mereka kemudian berpisah pada 2017 apabila Zaquan menyertai Perak selama semusim dan kemudian ke Kuala Lumpur (2019) dan Kedah pada musim lalu.