Sukan

Jangan pandang rendah

Burvan enam mata awal bakal menjadi sasaran utama skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2020 sebagai bekalan sebelum bertemu juara bertahan, Vietnam dalam aksi ketiga.

Jadual perlawanan yang diumumkan penganjur hari ini menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe bakal bertemu Kemboja dalam aksi pertama pada 6 Disember diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan perlawanan terakhir men3ntang Indonesia (19 Disember).

Menurut pengendali negara, Tan Cheng Hoe, keputusan positif dalam dua aksi pertama amat penting sebelum mencongak peluang skuad kendaliannya untuk melepasi peringkat kumpulan itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan aksi pertama kebiasaannya bukan mudah dan ia terbukti pada edisi tiga tahun lalu apabila skuad Harimau Malaya terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Kemboja 1-0.

Kalau kita lihat jadual memang untuk mana-mana kejohanan, yang penting adalah aksi pertama di mana kena dapatkan keputusan positif untuk dapatkan keyakinan dan motivasi. Kita pun tak boleh pandang rendah kedua-dua pasukan (Kemboja dan Laos) ini, kita pernah bertemu mereka dan kita menghadapi kesukaran untuk dapatkan kemenangan dengan mudah.

Fokus utama adalah untuk dapatkan keputusan positif dan persiapan pasukan. Perlawanan ketiga nanti adalah Vietnam dan ia akan bertambah sukar. Kita akan analisis setiap lawan kita termasuk Indonesia yang mungkin boleh jadi aksi penentu untuk ke peringkat seterusnya nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Halangan yang bakal dilalui skuad Harimau Malaya pada dua aksi awal itu ada kebenarannya apabila berdasarkan rekod keputusan pada saingan 2018 lalu menyaksikan Malaysia berdepan ranjau berliku sebelum berjaya menempah tiket ke separuh akhir.

Skuad negara menewaskan Laos 3-1, tumbang 0-2 di tangan Vietnam sebelum bangkit membenam Myanmar 3-0 untuk mara ke peringkat empat terbaik bertemu Thailand.

Di separuh akhir, pemain negara mencipta kejutan dengan menumbangkan skuad Gajah P3rang menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat.

sumber:- HM

Aksi final menyaksikan skuad negara sekali lagi bertemu Vietnam dan hajat untuk mendakap trofi buat kali kedua selepas 2010 akhirnya tidak kesampaian apabila tumbang menerusi agregat 2-3.