Kelantan FC menundukkan Selangor FC II 2-1 pada aksi terakhir saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kesungguhan tuan rumah untuk mengutip mata penuh pada aksi itu jelas terserlah sejak wisel permulaan dibunyikan apabila mereka hampir berada di depan menerusi cubaan pemain import, Mario Arques dan Natanael Ringo.

Begitupun pelawat lebih dulu memperoleh gol pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma Nik Umar Nik Azizi dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan FC, Mohd Farizal Harun.

The Red Warri0rs (TRW) pun begitu, pantas membalas jaringan gol pembukaan Selangor FC II menerusi sepakan Nurshamil Abd Ghani selang seminit selepas itu bagi mengimbangi semula saingan.

Asakan ke kubu pasukan pelawat diteruskan lagi dengan jaringan kedua melalui pemain tengah, Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-37 untuk meletakkan tuan rumah di depan sebelum rehat.

Apabila separuh masa kedua bersambung, pasukan pelawat dilihat membuat s3rangan berterusan ke kubu tuan rumah namun tidak berjaya. Keputusan kekal 2-1 dengan Kelantan FC turut layak ke saingan Piala Malaysia.