Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menganggap keputusan undian Piala Suzuki AFF 2020, semalam sebagai biasa dan tiada kelebihan buat pasukannya.
Selaku pasukan pilihan utama dan juara bertahan kejohanan, Vietnam diundi bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B.
Hang-seo yang terkenal dengan perang psikologi terhadap pasukan lawan menegaskan semua pasukan Asia Tenggara memiliki tahap yang sama walaupun Vietnam berstatus pasukan nombor satu di rantau ini.
“Secara umum, pasukan di ASEAN memiliki tahap yang sama. Oleh itu, keputusan (undian) itu bagi saya adalah normal,” katanya menerusi di laman sosial rasmi Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF).
“Saya rasa pasukan dalam kumpulan kami adalah lawan yang sukar. Kami mesti bekerja keras dalam setiap perlawanan.
“Matlamat pertama adalah melepasi peringkat kumpulan, selepas itu kita boleh memikirkan perlawanan separuh akhir dan final.”
Vietnam adalah juara bertahan selepas menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2 di pentas akhir pada edisi 2018.
sumber:- BH
Hang-seo dijangka menggunakan lebih ramai pemain baharu bagi kejohanan kali ini kerana mereka ketika ini turut berdepan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia.