Sukan

Undian AFF , Malaysia sukar

Skuad Harimau Malaya sekali lagi akan berdepan gergasi Asia Tenggara, Vietnam pada peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF 2020.

Ia selepas kedua-dua pasukan itu diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Kemboja dan Laos pada majlis undian yang diadakan secara maya, hari ini.

Malaysia dan Vietnam turut berada dalam kumpulan sama pada saingan 2018 yang menyaksikan kedua-dua pasukan itu mara ke final.

Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya terpaksa akur selepas tewas dengan agregat 3-2 di pentas final.

Sementara itu, juara lima kali Piala AFF, Thailand pula mengetuai Kumpulan A yang turut dihuni Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang aksi kelayakan antara Brunei atau Timor Leste.

Undian Piala AFF:

Kumpulan A – Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura, Brunei/Timor Leste

Kumpulan B – Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Laos

sumber:- BH