Sukan

Safee Sali ingatkan awal – awal lagi

Striker berpengalaman, Safee Sali berkata skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu yakin walaupun diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020.

Ia susulan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu dianggap pilihan kedua dalam Kumpulan B selepas Vietnam dengan kumpulan berkenaan juga turut dibarisi Indonesia, Kemboja dan Laos.

Safee yang juga penjaring terbanyak Piala AFF 2010 berkata barisan pemain skuad Harimau Malaya perlu mengelak berada dibawah tekanan atau mengambil mudah dengan cabaran daripada pasukan lain.

Saya rasa dengan undian ini memberi tekanan juga kepada pasukan kebangsaan. Melihat kepada (keputusan) undian, sasaran kita (pasti) akan lepas ke separuh akhir, jadi itu akan beri tekanan kepada pasukan.

Maknanya kalau pasukan atau jurulatih tidak mengawal tekanan itu, harapan untuk lepas ke separuh akhir saya rasa kita akan terbuai. Jadi, pastikan setiap perlawanan demi perlawanan kita fokus untuk memenanginya dan layak ke separuh akhir, itu paling utama.

“Jangan kita terbuai bahawa kumpulan ini kita pasti akan ke separuh akhir, ia akan memakan diri,” kata Safee ketika mengulas proses undian di stesen televisyen swasta, hari ini.

Skuad Harimau Malaya muncul naib juara 2018 selepas tewas dengan agregat 3-2 kepada Vietnam di pentas final yang mana pada edisi itu, kedua-dua pasukan berkenaan turut diundi dalam kumpulan sama.

sumber:- HM

Kejohanan Asia Tenggara edisi ke-13 ini sepatutnya berlangsung pada penghujung 2020, namun terpaksa ditunda ke April lalu sebelum ditunda lagi ke tarikh baharu pada 5 Disember hingga 1 Januari depan berikutan pand3mik C0VID-19.