Sukan

Saya kata okey, selamat maju jaya — TMJ

Sekalipun bergelar bos Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah ketinggalan daripada berkongsi ‘sentuhannya’ dalam pemilihan barisan kesebelasan utama bagi mengharungi setiap perlawanan.

Ini kerana Tunku Ismail yang juga pemilik skuad Harimau Selatan itu sentiasa terbabit secara aktif ketika pemilihan pemain untuk diturunkan kerana beliau hanya mahukan yang benar-benar terbaik dalam misi membawa kemenangan.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga terbuka untuk mendengar pandangan daripada barisan kejurulatihan namun beliau tetap menegaskan kuasa ‘veto’ untuk memilih pemain masih terletak di tangan barisan kejurulatihannya.

Setiap jurulatih memberi laporan penuh prestasi pemain dan etika kerja mereka pada setiap minggu. Kami berbincang dengan jurulatih untuk tahu siapa yang kita mahu dalam barisan pemain. Kadang- kadang saya bertanya kenapa pemain ini tiada dan jurulatih akan terangkan sebabnya.

Saya ada permintaan dan permintaan saya mudah. Saya bukanlah pemilik yang tidak tahu mengenai bola sepak. Kalau saya tidak tahu (bola sepak), takkanlah JDT boleh ada piala.

Perbincangan dan persefahaman penting kerana setiap kejayaan dalam pasukan bukan kerana individu tetapi kerjasama. Saya ada persefahaman dengan Mora (Benjamin) untuk berbincang.

Dia (Mora) akan memberikan sebab mengapa pemain ini harus bermain dan saya kata okey, selamat maju jaya. Kalau ada beberapa pemain yang saya mahukan bermain, dia akan berikan sebab sama ada pemain itu bersedia ataupun tidak.

sumber:- BH

“Di penghujungnya, dia jurulatih dan dia yang buat keputusan. Saya hanya boleh berikan pendapat,” katanya menerusi program televisyen swasta baru baru ini.