Sukan

Aksi terakhir bakal jadi yang terbaik

Kapten Terengganu FC II (TFC II), Argzim Redzovic tidak mahu melepaskan peluang untuk membantu pasukannya membvru kemenangan pada aksi terakhir Liga Perdana musim ini men3ntang Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Selasa ini.

Malah pemain kelahiran Montenegro itu yang bakal beraksi bersama skuad ‘abang’ Terengganu FC (TFC) pada pentas Piala Malaysia turut berazam membantu skuad The Turtles bergelar juara liga musim ini.

Malah pemain yang sudah dua musim bersama skuad The Turtles itu tekad untuk mengulangi pencapaiannya apabila mel3dak satu daripada empat jaringan skuadnya ketika menang 4-1 ke atas pasukan jiran itu pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Bagaimanapun, Redzovic yang sudah meledak tiga gol musim ini termasuk satu jaringan ketika beraksi bersama skuad TFC sedar bukan tugas mudah buat pasukannya untuk meneruskan rentak kemenangan lebih-lebih lagi lawan juga mempunyai misi sama untuk mengutip tiga mata pada aksi terakhir itu.

Saya gembira dapat kembali bersama pasukan dan tidak mahu melepaskan peluang beraksi dalam perlawanan terakhir Liga Perdana selepas tidak beraksi ketika rakan sepasukan menundukkan Kuching City FC 2-0 pada aksi kedua terakhir liga minggu lalu.

Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk mengalahkan KUFC dan menamatkan saingan liga musim ini dengan meraih tiga mata walaupun di tempat lawan sekali gus mengintai di kelompok atasan liga, tapi jika juara lagi baik.

Bagaimanapun musim ini adalah begitu mencabar dan sukar kerana banyak pasukan yang mantap berebut untuk berada dalam kelompok atasan liga termasuk Negeri Sembilan FC, Sarawak United FC dan juga Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

“Saya jangkakan perlawanan terakhir Selasa ini menarik untuk menentukan siapa akan bergelar tiga pasukan teratas, adakah pasukan kami mampu meraih gelaran juara liga atau pasukan lain, situasi ini sudah pasti mendebarkan,” katanya yang begitu sedih kerana impiannya untuk membantu pasukan mengintai kejuaraan dalam Piala Cabaran musim ini berkecai selepas kejohanan itu dibatalkan pada saat akhir.

sumber:- HM

Berdasarkan kedudukan terkini, NSFC mendahului carta dengan mengutip 38 mata diikuti Sarawak United FC (37 mata), TFC II (35) dan JDT II dengan 33 mata. Musim lalu skuad TFC II yang dibimbing Roshadi Wahab sebelum diambil alih Badrul Afzan Razali pada tahun ini menamatkan saingan liga di kedudukan kedua.