Sukan

Pasukan kerdil mampu tumbangkan Gergasi

Barisan pemain mantap, aksi konsisten dan tidak mempunyai masalah dalaman antara ramuan penting kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk menghidupkan peluang mendakap Piala Malaysia kelak.

Malah, faktor bernasib baik ketika berada dalam saingan kumpulan turut membantu dalam mencerahkan peluang ke pusingan lapan pasukan terbaik.

Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, sudah tentu pasukan yang dilihat mudah untuk melangkah ke pusingan seterusnya adalah juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau berkata, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Selangor FC, Terengganu FC dan Kuala Lumpur FC turut berpotensi menempah tiket ke pusingan lapan terbaik apabila dijangka tidak berhadapan masalah mengharungi perlawanan peringkat kumpulan.

Walaupun ada yang mengatakan Kumpulan B adalah kumpulan mavt, pada saya Selangor FC dan Terengganu FC tiada masalah untuk berada di kedudukan terbaik.

“Penang FC dan Kuala Lumpur City FC pula jika dilihat pada lima aksi terakhir liga hanya mencatatkan satu kekalahan saja sekali gus membuktikan mereka adalah pasukan konsisten. “Terengganu FC dan KDA FC juga adalah pilihan untuk ke pusingan seterusnya kerana pasukan ini ‘cukup sifatnya’ walaupun barisan kejurulatihan mempertaruhkan pemain muda,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, undian Piala Malaysia menyaksikan Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FC diletakkan dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai ‘kumpulan mavt’ pada edisi ke-100 saingan tertua di Asia itu.

Satu lagi pasukan yang akan mengisi kumpulan berkenaan adalah pasukan di tangga ketiga Liga Perdana yang akan diketahui pada Selasa depan dengan kemungkinan Kelantan FC atau PDRM mengisi slot itu.

Bagaimanapun, laluan agak mudah buat pasukan lain terutama juara Liga Super lapan musim berturut-turut, JDT apabila diundi dalam Kumpulan D bersama Petaling Jaya City (PJ City), Sabah FC dan pasukan keempat Liga Perdana.

Dua lagi kumpulan menyaksikan saingan seimbang dengan Kumpulan A diisi Penang FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Perdana.

Kumpulan C pula membabitkan naib juara Liga Super musim ini, Kedah Darul Aman FC diikuti Melaka United dan dua pasukan Liga Perdana iaitu juara liga serta pasukan di tangga kelima. Selain itu, Sathia berkata, dua pasukan Liga Perdana membabitkan Negeri Sembilan FC dan Sarawak United tidak boleh dipandang sebelah mata kerana mereka turut memasang impian ke separuh akhir.

Perlawanan Piala Malaysia berbeza dengan saingan Liga M kerana pemain kebiasaannya akan menunjukkan prestasi luar biasa untuk membawa pulang piala berprestij itu.

sumber:- BH

“Oleh itu, kita akan melihat pasukan kerdil akan dilabelkan sebagai ‘pembvnuh gergasi’ dengan menumbangkan skuad elit Liga M,” katanya.