Sukan

Tidak akan pilih bulu kepada pihak terlibat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan pilih bulu dengan segera melakukan siasatan terperinci dalam menentukan hukuman kepada pemain, pegawai pasukan atau pengadil yang mencetuskan insid3n pada perlawanan Liga Perdana membabitkan Sarawak United men3ntang Negeri Sembilan FC (NSFC).

Pada perlawanan semalam yang menyaksikan NSFC menang 1-0, pengadil, Mohd Kamil Zakaria Ismail diserang beberapa pemain Sarawak United FC selepas aksi berakhir.

Bukan itu saja, malah Mohd Kamil yang dilindungi pembantu pengadil turut cuba dis3rang oleh barisan kejurulatihan Sarawak United di tepi padang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berkaitan insid3n berkenaan sebelum tindakan susulan diambil.

Beliau berkata, keselamatan pengadil menjadi keutamaan pihaknya, namun tidak mahu menjatuhkan hukvman tanpa mendengar penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak.

“Tiada pihak yang akan terlepas kerana jika pengadil dis3rang pemain atau pegawai pasukan ia adalah kesalahan serius. Saya sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan keputusan berkaitan siapa yang akan dikenakan hukvman diketahui Isnin ini,” katanya ketika dihubungi. Terdahulu, pemain dan pegawai pasukan Sarawak United dikatakan tidak berpuas hati terhadap pengadil berikutan penjaga gol pasukan itu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Selain itu, Sivasundaram menasihati pemain dan pegawai pasukan supaya mengawal kemarahan dan menggunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.

“Kita berharap insid3n seumpama itu tidak berulang lagi kerana jika terbukti ada serangan terhadap pengadil kemungkinan mereka boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” katanya.