Sukan

Skuad Adik JDT menang besar

JDT II sekali lagi mencatatkan satu keputusan yang sangat cemerlang apabila berjaya memb3lasah Kelantan FC 3-0 di laman lawan,Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi. Beraksi di laman sendiri jelas bukan satu kelebihan untuk Kelantan FC apabila JDT II lebih banyak mendominasi perlawanan .

JDT II sememangnya sangat garang sejak awal permainan dan hasilnya berjaya mendapat jaringan pertama seawal minit ke 11 menerusi  tandukan kencang  Fadhli Shas hasil sepakan sudut Stuart John Wilkin . Dua minit selepas itu, ayam tambatan JDT II , Fernando Rodriguez terus menghukum Kelantan FC dengan menambah jaringan menerusi jaringan menarik.

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan FC cuba membuat kebangkitan dengan melakukan asakan demi asakan namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan JDT II.

Keghairan Kelantan FC mencari jaringan sulung dihukum dengan jaringan ketiga JDT menerusi r3mbatan Kei Hirose pada minit ke-56 yang gagal diselamatkan Faridzuean.

Tamat Perlawanan JDT II berjaya memintas Terengganu FC untuk di berada di kedudukan ketiga, Sementara Kelantan FC kekal di tangga ketujuh .