Sukan

MFL terpaksa tunda perlawanan

C0vid-19 sekali lagi meny3rang pasukan Liga Malaysia apabila kali ini ia membabitkan pasukan Kelantan United dari Liga Perdana.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tiada pilihan lain apabila terpaksa menunda perlawanan antara Kelantan United dan Kuching City FC yang dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, esok.

Menurut kenyataan media MFL, keputusan penundaan itu dibuat selepas dua pemain Kelantan United didapati pos!tif C0vid-19.

Keputusan (menunda) itu dibuat atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL apabila mendapati dua pemain Kelantan United telah posit!f C0vid-19 hasil daripada ujian calitan terhadap pemain terbabit.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai dan pemain pasukan Kelantan United akan dikuarant!n serta tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti dalam tempoh tersebut bermula hari ini.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung status perlawanan tersebut dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Ia penundaan kali ketiga musim ini apabila sebelum ini pemain dan pegawai Kedah Darul Aman FC di Liga Super dan Kuching City didapati dijangkit! v!rus itu selepas kembali dari cuti sambutan Aidiladha, Ogos lalu.