Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersedia mengkaji dan meneliti cadangan supaya saingan Liga Perdana dijadikan ‘lubuk’ buat pemain tempatan memperagakan aksi masing-masing tanpa kehadiran tonggak import.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, cadangan konstruktif daripada bekas pemain Harimau Malaya, Khalid Ali itu amat baik dan pihaknya berterima kasih kerana idea berkenaan.

Namun, Stuart menegaskan ia harus dikaji secara mendalam terlebih dulu bersama-sama rakan kongsi lain termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum diputuskan.

Cadangan Khalid Ali ialah cadangan yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Kena ada kaji selidik dan perbincangan membabitkan semua pihak secara keseluruhan.

Satu cadangan yang baik dan bagus tapi proses itu perlu dapatkan pandangan semua dari pihak FAM, pasukan dan juga melihat struktur liga kita, di mana ia juga babitkan kontrak pemain, pertandingan Piala Malaysia, Liga Belia dan lain-lain.

“Apapun saya ucapkan terima kasih kerana itu cadangan yang konstruktif untuk kebaikan bola sepak kita,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini, Khalid mencadangkan supaya FAM dan MFL memberi sepenuh tumpuan dalam membantu membangunkan potensi pemain tempatan dengan menjadikan saingan Liga Perdana hanya untuk anak tempatan sahaja.

Kata legenda Harimau Malaya itu, keghairahan 11 pasukan di Liga Super yang amat bergantung kepada tonggak import terutama di bahagian s3rangan menyebabkan pasukan kebangsaan ketandusan penyerang berwibawa.

sumber:- BH

Ia dibuktikan dengan dominasi ayam tambatan import yang menguasai carta penjaring Liga Super sekali gus memberi gambaran bahawa taring skuad Harimau Malaya tumpul dan membimbangkan.