Sukan

Pemain Malaysia paling menonjol

Pemain sayap Selangor FC, Nor Hakim Hassan bersyukur penantian membuka akaun gol musim ini akhirnya ternoktah ketika pasukannya memb3lasah Sabah FC 6-0 di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Jelas tonggak kelahiran Kuala Terengganu itu, dia mengakui tidak menyangka detik itu tiba pada hujung saingan Liga Super yang akan menutup kempen Ahad ini.

Saya berasa sangat bersyukur apabila dapat menjaringkan gol pertama untuk musim ini semasa men3ntang Sabah FC dan berbangga dengan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya terus bangkit dan berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Tidak dinafikan saya sangat gembira kerana dapat membuka akaun gol untuk kelab ini, tapi secara jujurnya saya sendiri hampir tidak percaya saya dapat menghasilkan gol sedemikian,” katanya.

Hakim, 29, adalah antara pemain sayap kiri paling menonjol dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kelincahan dan hantaran tepat banyak membantu rakan sepasukan khususnya di jentera serangan untuk menjaringkan gol.

Berdasarkan statistik, Hakim muncul antara pemain Selangor yang paling banyak melakukan bantuan gol untuk mencipta peluang buat tonggak import, Ifedayo Olusegun.

Malah, hasil bantuannya itu menyaksikan Ifedayo kini berpeluang mempertahankan anugerah kasut emas yang dimenangi musim lalu, selepas meledak sebanyak 25 gol yang juga rekod baharu jaringan paling banyak dalam semusim.

“Ini semua atas usaha yang saya lakukan selama ini dan juga bantuan rakan sepasukan, Alhamdulillah,” kata Hakim yang pernah beraksi dengan Terengganu, PKNS FC, T-Team dan Perak sebelum ini.

sumber:- BH

Selangor yang ketika ini menghuni tangga kelima liga dijadual menutup kempen dengan aksi ke-22 musim ini menentang Petaling Jaya City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Ahad ini.