Sukan

Jangan bergantung kepada pasukan lain

Nasib Kedah Darul Aman untuk ke Piala AFC musim depan terletak di tangan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada keputusan pasukan lain.

Lang Merah kembali posisi kedua Liga Super menjelang perlawanan terakhir berdepan Melaka United di tempat sendiri, Ahad ini, biarpun hampir dikejutkan sebelum seri 3-3 dengan UiTM, malam tadi.

Slot ke pentas Asia itu menjadi perebutan tiga penjuru di antara Kedah, Penang dan Terengganu dengan kelebihan menjurus kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

Tatkala Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pun mengesahkan kejayaan dalam kempen kelapan berturut-turut, Kedah pula terikat 40 mata dengan Harimau Kumbang sementara dibezakan tiga mata dengan skuad Peteh.

Penang akan berdepan Terengganu dalam perlawanan terakhir, Salah satu pasukan pasti akan tercicir mata atau kedua-dua pasukan itu kehilangan mata sebab seri.

“Kebimbangan tunggal kami ialah perlu melaksanakan tugas sendiri dan tidak mengharapkan keputusan lain.
“Dengan itu, maka kemenangan akan berpihak kepada kami,” katanya selepas perlawanan di Alor Setar berkenaan.

Aidil Sharin, bagaimanapun, tidak melatah dengan keputusan bertemu The Lion Troops — yang sudah tersingkir ke Liga Perdana — selepas anak buahnya melepaskan tiga gol dalam masa 21 minit.

“Ya, kami bergelut sebab melepaskan gol tapi bukan (daripada segi) untuk bangkit.
“Bukan mudah untuk bangkit selepas dibolosi dua gol mudah dalam separuh masa kedua.

“Tapi saya harus beri pujian kepada semua pemain kerana walaupun ketinggalan, mereka masih memburu kemenangan dan satu mata masih bagus buat kami.

Jika berdasarkan carta (liga), ia sesuatu yang positif untuk malam ini.
“Kami kembali ke kedudukan kedua.”