Sukan

TMJ beri ganjaran kepada Datuk Azizulhasni

 

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memperoleh peluang berharga apabila dapat bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu yang mempamer aksi cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Lebih menarik, menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail juga berkenan mengurniakan ganjaran kepada pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu.

“Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” tulis status terbaru itu.

Dikesempatannya berada di Malaysia sebaik pulang dari Tokyo, Azizul sempat pulang ke kampungnya di Terengganu untuk bertemu dengan keluarganya yang sudah sekian lama ditinggalkan.

sumber: HM

Dia juga sempat bertemu dengan beberapa individu penting seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk bersama-sama meraikan kejayaannya meraih pingat perak di Tokyo.