Sukan

Laungan ‘Road to Asia’ jadi semangat

Striker import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Kipre Tchetche yakin rakan sepasukannya akan turun dengan penuh semangat untuk kembali mendapatkan tiga mata penuh pada aksi Liga Super men3ntang UiTM FC di Stadium Darul Aman malam esok.

Kipre yang mel3dak satu gol ketika men3ntang KL City Sabtu lalu berkata, aksi di laman sendiri kali ini sangat penting buatnya dan pasukan dalam misi merampas tempat kedua selepas dipintas Penang FC yang menewaskan Sri Pahang 2-1, Ahad lalu.

Kami berazam mahu bangkit dengan mendapatkan mata penuh ketika men3ntang UiTM malam esok. Kemenangan ini sangat penting buat kami yang memerlukan empat mata berharga bagi meletakkan KDA FC di tangga kedua pada musim ini memandangkan pesaing terdekat Penang FC sudah memintas dengan kelebihan satu mata setakat ini.

“Peluang beraksi di laman sendiri kali ini tidak harus dipersiakan kerana semua pemain cukup bersemangat dan mahu menebus semula kekalahan itu,” katanya.

Kipre juga berkata, laungan ‘Road to Asia’ dan kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih Aidil Sharin kepada semua pemain ketika berdepan jadual padat menjadi perangsang serta motivasi buat semua pemain untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

Saya tetap yakin dengan keupayaan emua rakan sepasukan dalam mencapai misi kami, walaupun kami sedang mengharungi cabaran perlawanan yang padat dan meletihkan pada minggu ini.

Dalam masa sama, kami juga perlu elak daripada kelekaan meskipun selesa beraksi di laman sendiri, sebaliknya kami perlu perlu tampil mempertingkatkan lagi aksi untuk melengkapkan dua perlawanan lagi.

“Apa yang kami perlu adalah fokus, kesungguhan yang tinggi serta berjuang sebaik mungkin bagi menempatkan semula pasukan pada kedudukan kedua dan saya yakin semua rakan sepasukan bersedia galas misi kali ini,” katanya.