Sukan

Hujung Minggu jadi Penentu

Selepas juara Liga Super sudah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT), kedudukan naib juara dan ketiga serta kasut emas hanya akan diketahui pada aksi terakhir liga yang berlangsung hujung minggu ini.

Bagi pendahulu kedudukan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun menyifatkan jumlah 25 gol semusim yang terkumpul ketika ini adalah hasil bantuan rakan sepasukan.

“Sudah semestinya ia perasaan yang amat menggembirakan (pemegang rekod baharu Liga Super). Saya berterima kasih kepada Tuhan dan saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sepasukan kerana tanpa mereka ia takkan berlaku.

Rakan-rakan banyak membantu saya dan ini adalah hasil kerja keras semua pihak termasuk jurulatih, pihak pengurusan dan pemain serta penyokong.

Mereka (penyokong) sentiasa menyokong kami, walaupun dalam situasi tidak menentu tetapi mereka tetap berada di belakang saya dan menyokong pasukan.

“Ucapan terima kasih yang amat istimewa buat rakan-rakan sepasukan dan bagi saya, kami yang pecahkan rekod ini bukannya hanya saya seorang,” katanya yang menyertai skuad Red Giants pada 2019.

Jumlah itu meletakkan striker berbisa Selangor tersebut memadam rekod bekas pemain Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohamad Ghaddar dengan 23 gol pada 2017 bagi saingan Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.

Dengan berbaki satu perlawanan, Ifedayo berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kasut emas yang dimenanginya musim lalu dengan 12 gol selepas saingan hanya dilangsungkan satu pusingan sahaja.

Ifedayo berpeluang untuk menambah gol pada aksi terakhir liga di mana Selangor dijadual akan turun menentang Petaling Jaya City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Ahad ini.

sumber:- Sportmalaya

Begitu juga dengan striker JDT, Bergson da Silva (23 gol) yang dilihat berupaya memberi cabaran buat Ifedayo sekiranya dia mampu mel3dak gol pada aksi terakhir dengan Kuala Lumpur City pada hari yang sama.