Sukan

Tempat Kedua makin sengit

Pengendali Penang FC, Tomas Trucha mengharapkan skuad itu menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kedua.

Beliau berkata, harapan itu selepas kejayaan mengutip tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Saya harap pada perlawanan terakhir berdepan Terengganu FC (TFC), kemenangan berpihak kepada pasukan walaupun dilihat perlawanan seimbang.

“Oleh itu, semua pemain dapat beraksi pada tahap terbaik seperti yang dilakukan ketika men3ntang Sri Pahang,” katanya.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Penang berada di kedudukan kedua liga dengan mengutip 40 mata dengan berbaki satu perlawanan.

Namun, Kedah Darul Aman (KDA) FC masih berpeluang untuk memintas kerana masih berbaki dua perlawanan untuk menamatkan saingan liga di kedudukan kedua.

Mengulas prestasi keseluruhan skuadnya pada perlawanan itu, Trucha memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan anak buahnya itu.

Katanya, kebangkitan yang dilakukan pemain selepas ketinggalan 0-1 untuk memastikan kemenangan buat pasukan amat membanggakan.

sumber:- HM

“Saya akui pada separuh masa pertama pemain gagal beraksi dengan baik dan meminta mempamerkan prestasi terbaik pada babak kedua dan mereka berjaya melakukannya,” katanya.