Sukan

Pemegang rekod baharu sangat rendah diri

“Rakan sepasukan yang pecahkan rekod, bukannya semata-mata saya”, itu kata pemegang rekod baharu penjaring terbanyak Liga Super dalam semusim, Ifedayo Olusegun apabila ayam tambatan dari Nigeria itu mel3dak 25 gol musim ini.

Jumlah gol berkenaan menyaksikan rekod bekas pemain Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohamad Ghaddar dengan 23 gol pada 2017 lebur dengan Ifedayo yang beraksi buat Selangor FC adalah striker paling berbisa dalam kancah liga tempatan ketika ini.

Dia juga dilihat berada pada laluan tepat untuk muncul sebagai pemain pertama mempertahankan anugerah kasut emas buat dua musim berturut-turut selepas musim lalu menjulang gelaran penjaring terbanyak dengan 12 gol yang dilangsungkan secara satu pusingan sahaja.

Begitupun, Ifedayo tidak menganggap kejayaan memecahkan rekod Ghaddar itu hanya datang dari dirinya, tetapi ia adalah hasil kerjasama sepasukan yang bertungkus lumus sepanjang musim ini.

Sudah semestinya ia perasaan yang amat menggembirakan (pemegang rekod baharu Liga Super). Saya berterima kasih kepada tuhan dan saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan kerana tanpa mereka ia takkan berlaku.

Rakan-rakan banyak membantu saya dan ini adalah hasil kerja keras semua pihak termasuk jurulatih, pihak pengurusan dan pemain serta penyokong.

Mereka (penyokong) sentiasa menyokong kami, walaupun dalam situasi tidak menentu tetapi mereka tetap berada di belakang saya dan menyokong pasukan.

“Ucapan terima kasih yang amat istimewa buat rakan-rakan sepasukan…dan bagi saya, kami yang pecahkan rekod ini bukannya saya semata-mata,” katanya yang pernah beraksi untuk Felda United dan Melaka United sebelum menyertai skuad Red Giants pada 2019.

Ifedayo masih berpeluang untuk menambah gol pada aksi terakhir liga di mana Selangor dijadual akan turun men3ntang Petaling Jaya City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Ahad ini.

Malah, striker JDT, Bergson da Silva (23 gol) juga dilihat berupaya memberi cabaran buat Ifedayo sekiranya striker dari Brazil itu mampu mel3dak tiga gol dalam aksi terakhir dengan Kuala Lumpur City hujung minggu ini, sambil mengharap pencabarnya tidak menjaringkan sebarang gol.

sumber:- HM

Untuk rekod, Ifedayo berjaya melakar rekod itu selepas mel3dak hatrik ketika membantu Selangor memb3lasah Sabah 6-0 di Stadium Likas, semalam.