Kelantan FC menegaskan pertukaran pemain yang dilakukan pada minit ke-90+2 pada aksi bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 27 Ogos lalu sudah mendapat kelulusan daripada pegawai perlawanan yang bertugas.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan tidak wajar kesal@han itu ditujukan kepada Kelantan FC atas kesilapan pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan terbabit.
Sebelum melakukan pertukaran pemain kelima yang dibuat pada minit ke-90+2, penolong jurulatih TRW sudah merujuk terlebih dahulu kepada pengadil keempat yang bertugas dan selanjutnya memberikan kelulusan serta pengesahan untuk pertukaran boleh dilakukan.
TRW ingin menegaskan rujukan awal sudah dibuat terlebih dahulu sebelum pertukaran pemain dibuat yang mana ia adalah menurut kepada kelulusan yang diberikan pegawai perlawanan.
Kami berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil pertimbangan dan keputusan secara telus terkait insid3n ini, katanya.
Terdahulu, skuad Jang sepatutnya meraih tiga mata percuma meskipun tewas 2-1 di tangan Kelantan FC memandangkan skuad TRW melakukan kesilapan ketika pertukaran pemain.
Ini kerana pasukan TRW melakukan pertukaran lima pemain namun sebanyak empat kali pada minit ke-71, minit ke-82, minit ke-85 dan minit kedua masa tambahan.
Berdasarkan undang-undang pertukaran pemain yang diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.
Justeru, Kelantan FC menurunkan pemain yang tidak layak beraksi dan berdasarkan ketetapan Kod Dis!plin FIFA, pasukan lawan sepatutnya diberikan kemenangan percuma 3-0.
Namun, sumber memaklumkan keputusan MFL yang tidak memberikan kemenangan percuma dan tiga mata kepada NSFC menimbulkan perasaan tidak pvas hat! dalam kem pasukan terbabit.