Sukan

Masalah Sudah Dikenalpasti

Meskipun tewas 1-2 dalam aksi persahabatan semalam, skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dijangka bertambah mantap menjelang Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 pada hujung Oktober ini selepas beberapa kelemahan berjaya dihidu barisan kejurulatihan negara.

Anak buah Brad Maloney yang men3ntang skuad Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di Nilai, Sabtu lalu tewas tipis selepas memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit permainan.

Jelas Maloney, perlawanan terbabit memberikan beliau gambaran sebenar tentang keupayaan anak didiknya dalam aksi pertama sejak kem latihan pusat fasa satu dijalankan minggu lalu.

Ini aksi pertama kami berdepan pasukan lebih senior, dan ia ujian yang cukup baik buat pemain. Bukan mudah untuk beraksi di atas padang yang agak keras dan mengganggu sedikit pergerakan bola.

Namun semua faktor itu beri ujian terbaik buat kami. Aspek yang saya lihat dalam perlawanan ini ialah pemain berani mengatur gerakan disamping meraih peluang untuk menjaringkan gol.

“Ia perlawanan yang bagus dan saya yakin kami akan bertambah baik selepas ini,” katanya yang akan kembali mengumpulkan pemain pada fasa kedua yang dijadual pada hujung bulan ini.

Dalam aksi itu, skuad Hobin Jang Hobin kendalian K Devan mendahului dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-26 dan N Javabilaarivin, minit ke-35 sebelum pasukan muda negara merapatkan kedudukan di babak kedua menerusi Khairi Suffian Khaineyusri, minit ke-59.

Bagi Devan pula, beliau melihat skuad B-23 tahun negara mempunyai potensi untuk muncul sebagai pencabar utama di kelayakan AFC itu nanti dan menggariskan dua kelemahan yang perlu diatasi segera.

Mungkin separuh masa pertama mereka nampak kurang…saya rasa agresif mereka dan dari segi mencabar bola dalam situasi satu lawan satu agak kurang sikit.

“Tapi saya nampak mereka lebih baik pada separuh masa kedua dan mereka boleh simpan bola dan mereka menyerang dengan lebih teratur,” kata Devan yang berjaya membawa pasukan Negeri Sembilan naik ke Liga Super musim depan selepas muncul dua pasukan terbaik di Liga Perdana.

sumber:- HM

Skuad negara ketika ini dalam persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J kelayakan AFC B-23 di mana Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Laos, Thailand dan pasukan tuan rumah Mongolia.