Selangor kini makin garang , Kemenangan demi kemenangan telah di raih dalam beberapa perlawanan yang terakhir dalam saingan Liga Super. Selangor yang membuat satu keputusan yang tepat dengan memperkenalkan ramai pemain – pemain muda yang dilihat banyak memberi keputusan yang positif untuk Selangor FC.
Terbaharu Pasukan Selangor berjaya mencipta satu kemenangan yang cukup besar 6-0 ke atas Sabah di tempat lawan.
Sabah FC sekali lagi dib3lasah teruk apabila tewas 6-0 di tangan Selangor FC yang bertandang ke Stadium Likas, dalam aksi Liga Super, malam ini.
Lebih menyedihkan kekalahan itu berlaku di gelanggang sendiri selepas dib3lasah dengan 4-0 di tangan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada 28 Ogos lalu.
Nasib malang Sabah malam ini bermula seawal minit ke-22 apabila striker Selangor, Ifedayo Omosuyi merembat masuk hasil kesilapan pemain Sabah yang tersalah menghantar bola di hadapan gawang sendiri.
Bukan setakat itu, Ifedayo juga bijak mengambil peluang apabila menerima hantaran bola daripada rakan hingga berjaya menambah gol kedua untuk Selangor hanya berselang seminit daripada gol pertamanya.
Sabah yang mula kelihatan tertekan dengan dua gol berturut-turut Selangor pada minit ke-22 dan ke-23 itu gagal meny3rang balas untuk mendapatkan gol, sebaliknya Selangor menambah lagi gol ketiga pada minit ke-45 melalui Mukhari Ajmal sebelum wisel waktu rehat dibunyikan.
Bersambung babak kedua, Sabah ditekan lagi dengan gol keempat Selangor yang dicipta sebaik permainan bermula pada minit ke-46 melalui pemain Nor Hakim Hassan yang baru dimasukkan pada babak kedua.
Meskipun Sabah mula mengatur serangan untuk mencari gol pada separuh masa kedua, namun tiada satupun cubaan yang membuahkan hasil.
Sebaliknya, Selangor sekali lagi berjaya mencipta gol melalui Danial Asri pada minit ke-74 dan Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-88.
Ifedayo kini telah berjaya jaring 25 gol untuk mengatasi rekod yang dipegang bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan Mohammed Ghaddar 23 gol pada 2017.