Sukan

Safee Sali masih belum berkarat

Siapa kata bekasstrikerkebangsaan, Safee Sali dah berkarat dan tamat tempoh apabila dia sebaliknya membuktikan bahawa dirinya masih memiliki sentuhan berbisa di depan gawang lawan.

Ia terbukti dalam aksi men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga calon naib juara Liga Super musim ini di mana striker veteran berusia 37 tahun itu mel3dak satu daripada dua gol yang dijaringkan KL City malam kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, tuan rumah meraih kemenangan 2-1 bagi membolehkan mereka mempertahankan rekod bersih tanpa kekalahan di gelanggang sendiri sepanjang musim ini.

Sudah pasti individu paling gembira dengan aksi Safee adalah pengendali pasukan, Bojan Hodak yang mengakui bekas pemenang kasut emas Piala AFF 2010 itu masih memiliki kualiti sebagai striker tulen.

Walaupun ada yang menyangka dia (Safee) sudah tidak sesuai untuk bermain di Liga Super dan dilihat lebih sesuai di Liga Perdana, tetapi dia membuktikan sebaliknya.

Di mana sepanjang 45 minit babak pertama, dia menunjukkan kualiti yang bagus dan dia tahu bila masa sesuai untuk menonjolkan dirinya dan bila nak jaringan gol.

“Safee tahu bagaimana untuk bermain…dia menggunakan peluang (beraksi) dengan baik dan masih berkualiti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan kedua-dua pasukan.

Dalam aksi itu, skuad Warga Kota terlebih dulu mendahului menerusi sepakan penalti Romel Morales pada minit keenam sebelum Safee meledak dengan gol kedua di minit k-26.

sumber: HM

Pelawat tidak mengaku kalah apabila penyerang import, Tchetche Kipre merapatkan kedudukan lapan minit kemudian namun keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat aksi.