Sukan

Rekod baharu JDT – TMJ

Kemenangan Johor Darul Ta’zim malam (JDT) keatas Terengganu FC (TFC) merupakan satu detik baharu JDT dengan 38 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan merupakan satu rekod baharu pasukan di Liga Malaysia. Berkongsi kegembiraan itu, TMJ menyatakan satu pencapaian baharu , tanpa kalah sepanjang 38 perlawanan.

Rekod ini amatlah bermakana untuk pasukan JDT yang baharu sahaja memenangi Kejuaraan kali kelapan berturut -turut. Sukar untuk pasukan lain memecahkan rekod ini

 

Sementara itu, Tewas tipis 0-1 kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim malam tadi tidak menutup impian Terengganu FC (TFC) untuk mengakhiri saingan musim ini di tempat kedua sekali gus merebut slot ke kejuaraan Piala AFC tahun depan.

Malah ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain enggan menekan butang panik walaupun menyedari sedang berdepan saingan sengit dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC.

“Peluang masih terbuka. Yang penting kita kena menang di perlawanan akhir dengan Penang FC pada 14 September depan. Kami terlalu banyak melepaskan peluang dari segi mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” katanya selepas perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam tadi.

Gol tunggal JDT yang meranapkan misi TFC untuk mengutip tiga mata berharga dijaringkan oleh pemain import kelahiran Australia, Shane Lowry.

Selepas 21 perlawanan, TFC kini menghuni tangga ketiga liga dengan 37 mata di belakang KDA FC (39 mata) dan diekori rapat oleh Penang FC di tempat keempat juga dengan 37 mata.

Dalam pada itu, Nafuzi yang juga bekas pemain skuad Terengganu mengakui diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan TFC berikutan kekalahannya dalam dua perlawanan berturut-turut ketika menentang KDA FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) sebelum ini.

Bagaimanapun beliau menganggap ia adalah perkara biasa dan menerima dengan berlapang dada apa jua keputusan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Sementara itu ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora melahirkan rasa gembira kerana anak buahnya berjaya melangsaikan misi ‘membalas dendam’ terhadap TFC selepas kekalahan pada pusingan pertama liga di Stadium Sultan Ibrahim April lalu.