Sukan

Tahniah Negeri Sembilan FC

PDRM FC mengikat Kuching City FC 0-0 pada aksi Liga Perdana di di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), hari ini.

Keputusan seri itu membolehkan Negeri Sembilan FC (NSFC) layak ke saingan Liga Super musim depan.

Kuching City yang berbaki lima perlawanan mengumpul 18 mata dan tidak mampu memintas NSFC yang menghimpun 35 mata dan berbaki dua perlawanan.

Pada pert3mbungan itu, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-10 selepas pengadil perlawanan, Ideris Untong melayangkan kad merah kepada pemain KCFC, Mazwandi Zakaria dan pemain PDRM FC, Mohamad Nabil Ahmad Latpi.

Peluang terbaik tuan rumah mencipta gol hadir pada minit ke-24 selepas Irwan Syazwin Wahab yang tidak dikawal mer3mbat k3ncang namun tiang gol kiri menjadi penghalang ketika penjaga gol, Muhd Asri Muhamad sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Wan Rohaimi Ismail terlepas peluang membuka tirai jaringan pada minit ke-49 selepas bola sepakan percuma Azrie Reza Zamri sekadar melewati palang gol.