Sukan

Selangor FC pasukan kedua selepas JDT

Sekalipun kehilangan tonggak pertahanan, Ashmawi Yakin susulan penggantvngan akibat layangan kad merah ketika bertemu Melaka United FC (MUFC) namun pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel tetap tenang dan percaya pada pemilihan pemain muda.

Jurulatih dari Jerman itu mengakui khidmat pertahanan muda, Sharul Nazeem Zulpakar bakal ditagih dengan pemain berusia 21 tahun itu dijangka membarisi kesebelasan utama untuk aksi bertemu Sabah FC, malam ini.

Afro (Shahrul Nazeem) akan kembali. Itu (keputusan) yang mudah, katanya ketika diminta mengulas mengenai pengganti kepada Ashmawi untuk mengisi benteng tengah The Red Giants.

Mengulas aksi bertemu Sang Badak, Neitzel mengingatkan anak buahnya supaya tidak lagi memikirkan kegagalan mengutip mata penuh pada aksi minggu lalu yang menyekat rentak mereka untuk meraih lima kemenangan berturut turut apabila terikat 1-1 dengan MUFC.

Justeru, bekas pengendali Holstein Kiel itu mahu anak buahnya bangkit pada aksi malam ini sekali gus dapat pulang dengan mata penuh.

Sudah tentu kita kecewa dengan keputusan seri sebelum ini tetapi saya tahu pemain sudah memberikan yang terbaik. Kita akan bangkit pada aksi seterusnya berdepan Sabah FC.

“Kita ke sana dengan sasaran meraih tiga mata. Itu (kemenangan) memang sentiasa menjadi sasaran kita,” katanya.

Sebagai rekod, SFC ketika ini menghuni tangga kelima Liga Super dan masih berpeluang menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat terbaik jika pencabar terdekat mereka, Penang FC mencicirkan mata dalam baki dua lagi aksi.

Selepas mengharungi 20 perlawanan, skuad Merah Kuning menghimpun 33 mata dengan sembilan kemenangan dan enam seri selain muncul pasukan kedua paling banyak mel3dak gol selepas juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 38 gol.