Sukan

Khabib sudah di beritahu

Legenda UFA Khabib Nurmagomedov mendakwa Cristiano Ronaldo memberitahunya yang dia akan kembali ke Manchester United sejak sebulan lalu.

Ronaldo, 36, kembali ke Old Trafford dari Juventus pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas.

Perpindahan itu mengejutkan ramai orang kerana sebelum itu Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke kelab juara Liga Perdana Inggeris – Manchester City.

Dengan ikon Old Trafford itu semakin hampir menyertai City, pengendali United Ole Gunnar Solskjaer memberi isyarat yang pasukannya juga berminat mendapatkan kembali khidmat Ronaldo.

Dengan bantuan bekas pengendali legenda United, Alex Ferguson, Ronaldo akhirnya membuat keputusan untuk kembali bersama kelab yang kali terakhir menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2013.

Bagaimanapun Khabib, yang sering berhubung dengan kawan baiknya itu tidak terkejut dengan keputusan dibuat Ronaldo.

Ikon MMA Russia itu berkata, Ronaldo sendiri memberitahunya berkenaan perpindahan ke Manchester United sejak sebulan lalu.

Sebulan lalu dia memberitahu saya yang dia akan berpindah ke United. Saya rasa ia akan berlaku dan United lebih sesuai berbanding Juventus.

“Bagi saya perpindahan itu bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Khabib yang mendakwa dia dan Ronaldo berhubung hampir setiap hari. – AGENSI