Presiden FIFA, Gianni Infantino mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim FC di atas kejayaannya menjuarai Liga Super Malaysia musim 2021.

Perkara itu didedahkan oleh Johor Southern Tigers dalam sepucuk surat yang dihantar oleh Infantino kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurut surat tersebut, Infantino meminta Hamidin supaya menyampaikan ucapan tahniahnya kepada JDT di atas pencapaiannya.

Kejuaraan ini, tidak dapat dinafikan, adalah hasil kerja keras, kesungguhan dan komitmen dan semua yang berada di kelab sepatutnya berasa bangga dengan kejayaan penting ini.

“Saya berbesar hati sekiranya anda membantu saya menyampaikan ucapan tahniah saya kepada semua yang terlibat, saya harap mereka terus bekerjasama secara berpasukan, bersemangat dan bersungguh-sungguh.”

Infantino juga menzahirkan penghargaan kepada Hamidin dan FAM yang memastikan bola sepak Malaysia dapat diadakan sepanjang tahun ini.

sumber: FT

“Mewakili komuniti bola sepak antarabangsa, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda dan persatuan anda di atas sumbangan terhadap pembangunan dan perkembangan bola sepak di Malaysia, di rantau anda dan di seluruh dunia.”