Sukan

Ulang Kembali Aksi Terbaik di Alor Setar

Persembahan Pemain Perak FC ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) dianggap yang paling terbaik walaupun tewas 0-1 , Pengurus Besar (GM), Azman Nohetika berharap para pemain Perak FC dapat  mengulangi aksi dan persembahan seperti di Alor Setar apabila bertemu Melaka United FC dalam saingan Liga Super, malam ini.

Ia persembahan terbaik oleh pemain Perak dan mereka melakukan segalanya dengan baik cuma malangnya kami tidak berjaya jaringkan sebarang gol.

“Jika aksi ini mampu diulangi, saya yakin Perak boleh catat pencapaian memberansangkan di Melaka nanti,” katanya.

Azman atau Cikgu Man berkata Perak FC masih mampu menyelamatkan diri jika menang dalam baki dua perlawanan mereka ini dan selepas Melaka, perlawanan terakhir pasukan The Bos Gaurus ialah menentang Sabah di Ipoh 12 September nanti.

Secara matematik peluang Perak masih ada jika menang baki dua perlawanan ini.

“Kita akan hadapi perlawanan demi perlawanan untuk mengelak tekanan kepada pasukan,” tambahnya.

 

Apapun Azman bersedia menerima apa juga keputusan serta hala tuju Perak FC bagi musim 2022 nanti.