Sukan

Aksi Sri Pahang dan Kedah memang panas

Perlawanan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC sememangnya panas dari dulu lagi, Tiap kali perlawanan antara kedua-dua pasukan berlaku, aksi yang di pamerkan seakan – akan aksi final.

SRI Pahang FC lebih banyak bergantung pada keupayaan individu berbanding beraksi secara berpasukan dalam perlawanan men3ntang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Pada perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu, pengendali pasukan Dollah Salleh berkata, corak permainan itu menyebabkan anak buahnya sukar mencipta peluang menjaringkan gol, berbanding pasukan lawan yang bermain lebih agresif.

Menurut beliau, situasi tersebut mungkin berlaku kerana pemain terlalu mahukan kemenangan setelah mencatat keputusan kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

“Kita terlalu banyak bermain dengan bergantung pada seorang individu, ini termasuk ketika meny3rang iaitu kebanyakan situasi hanya seorang pemain Sri Pahang dalam kotak penalti berbanding beberapa pemain lawan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Jurulatih kelahiran Melaka itu memberitahu, rentak permainan skuad Tok Gajah bagaimanapun menunjukkan peningkatan apabila Abdul Malik Mat Ariff dimasukkan pada minit ke-55 bagi menggantikan Muhammad Syaahir Saiful Nizam.

Namun, pasukannya hanya mampu menyamakan gol dan keputusan itu menurut Dollah, sudah dianggap baik kerana ramai tonggak utama belum pulih sepenuhnya daripada kec3deraan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin Sahak berkata, prestasi skuad bimbingannya agak memuaskan memandangkan mereka hanya dapat menurunkan seorang pemain import.

Menurut Aidil, beliau menyedari lawan yang dihadapi mereka bukan mudah apatah lagi pasukan tuan rumah begitu dahagakan kemenangan untuk mengutip tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Rekod perlawanan terdahulu menunjukkan pasti ada saingan sengit bila kedua-dua pasukan bertemu, selain akan berlaku banyak jaringan.

“Saya sudah menjangkakan keputusan ini tetapi kami berusaha menonjolkan permainan terbaik untuk menyaingi keupayaan Sri Pahang,” katanya. – Bernama