Sukan

Pemain Selangor FC Hubungi TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencetuskan kegusaran dalam kalangan peminat pasukan Selangor FC.

Ia susulan ketika sesi soal jawab bersama peminat di laman Instagramnya malam tadi, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan bahawa ramai pemain Red Giants sudah menghubungi beliau.

“Ok boleh tahan. Tapi sudah ramai menghubungi saya, termasuk pemain kesebelasan utama,” kata TMJ ketika diminta memberi pandangan mengenai pemain muda Selangor.

Selain itu, TMJ turut ‘menyentuh’ pasukan Selangor ketika diminta memberi kata-kata buat peminat Arsenal yang sedang berdepan prestasi buruk dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

“Bersabarlah. Kalau penyokong Selangor boleh kena janji palsu macam-macam dengan pihak pengurusan yang kononnya berkelas dunia selama lima tahun tapi habuk pun tak ada, takkan penyokong Arsenal tak boleh tunggu,” katanya.

sumber: BH

Ditanya mengenai pasukan mana dalam Liga Malaysia (Liga M) mempunyai potensi besar selain JDT, TMJ menegaskan bahawa semua pasukan memiliki potensi besar sekiranya diuruskan dengan cara yang betul.