Sukan

Perubahan Saat Akhir

Menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Beberapa perubahan nama terpaksa dirombak pada saat akhir oleh barisan kejurulatihan skuad bawah 20 (B-20) tahun negara pada kem latihan pusat Fasa 1 bermula semalam.

Pengendali pasukan, Brad Maloney terpaksa menggugvrkan enam pemain daripada senarai asal dan beberapa tonggak baru sudah dipanggil bagi mengisi kekosongan itu.

Antara yang digugurkan untuk kem kali ini adalah dua penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC) dan Nabil Asyraf Ramli (Skuad Projek FAM-MSN), Hairiey Hakim Mamat (Terengganu FC II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta’zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).

Manakala, tiga pemain baharu sudah melaporkan diri iaitu penjaga gol Perak FC, Muhammad Azri Ab Ghani serta dua pemain Johor Darul Ta’zim II, Chia Ruo Han dan Muhamad Alif Abdul Mutalib bagi melengkapkan 24 pemain pada latihan pusat kali ini.

sumber: HM

Kem latihan pusat Fasa 1 dijadual berlangsung selama sembilan hari yang bermula semalam sehingga 7 September ini.

Ia sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27-31 Oktober ini.