Sukan

Kedah terpaksa lepaskan dua tonggak

Tinggal dua perlawanan untuk musim ini, Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan misi berliku berikutan dua pemain importnya, Rabih Ataya dan Kpah Sherman tidak akan beraksi men3ntang Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Dua tonggak itu yang beraksi di posisi tengah dan bahagian s3rangan bakal menyertai skuad kebangsaan masing-masing untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bermula 31 Ogos hingga 9 September 2021.

Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak tetap menganggap skuadnya ‘underdog’ walaupun menang empat perlawanan berturut-turut sebelum ini bagi menduduki tangga kedua dengan 38 mata.

Ketiadaan dua pemain import iaitu Rabih Ataya dan Kpah Sherman tetap akan dirasai kerana tugas mereka sudah kita ketahui sangat penting dalam mempert@jamkan s3rangan pasukan selama ini.

Namun bagi memastikan momentum kemenangan Kedah dapat diteruskan, saya perlu lebih fokus mencari ramuan terbaik melalui perancangan kali ini dalam membuat penggantian pemain bagi dua posisi berkenaan, katanya.

Aidil juga berkata ketiadaan dua pemain berkenaan bukanlah kali pertama kerana perkara itu sudah dialami skuadnya sebelum ini, apabila mereka ‘pulang’ menyertai skuad kebangsaan masing-masing pada Jun lalu.

Sumber: HM

‘Ini keadaan yang sama dan bukan pertama kali kerana kami pernah laluinya apabila kedua-duanya menyertai skuad negara mereka pada Jun lalu. Tetapi pemain muda menunjukkan semangat yang tinggi apabila dipilih mengisi posisi berkenaan.”