Penang makin menghimpit Terengganu di tempat ketiga Liga Super dengan kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City, malam tadi. Terengganu FC yang  terpaksa melepaskan  tempat kedua kepada KDA FC mungkin terpaksa melepaskan tempat ketiga kepada Penang FC jika terus dilanda penurunan prestasi.

Penang FC btidak menunggu lama selepas Casagrande menggunakan kepakaran tandukannya untuk Penang di depan seawal minit ke-4 yang juga merupakan gol ke-12 peribadinya musim ini.Ia tidak mematahkan kekentalan semangat The Phoenix yang menyaksikan Khyril Muhymeen Zambri memiliki peluang menarik termasuk gerakan solo di penghujung separuh masa pertama.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Penang bertambah selesa dengan jaringan kedua perlawanan hasil sentuhan Sheriddin Boboev.
Casagrande beroleh satu lagi peluang berharga pada minit-61 tetapi kali ini penjaga gol PJ City, Kalamullah Al Hafiz, lebih cekap mengekang percubaannya.

Beberapa selepas itu, pelawat bimbingan P. Maniam itu bertambah semangat untuk setidak-tidaknya memungut berkongsi mata selepas l3dakan memukau P. Rajesh.Namun, defisit jaringan 1-2 itu kekal hingga tamat permainan untuk Harimau Kumbang menyamai pungutan 37 mata Terengganu yang kekal di tangga ketiga meskipun tewas tipis malam ini.

Kuala Lumpur City kekal kebal di Cheras di sebalik berdepan krisis kec3deraan di bahagian s3rangan dengan Paulo Josue mencetak gol tunggal perlawanan buat kelab kendalian Bojan Hodak itu.