Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuat penampilan buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas mereka sah berentap dalam saingan elit itu bagi musim 2022.Jaringan Hatrik Bergson berjaya menghadiahkan Kejuaraan awal untuk JDT.
Bergson kini telah menjaringkan 23 gol untuk musim ini bersama JDT. Dengan jaringan 3 gol semalam JDT dinobatkan Juara Liga Super Buat kali ke 8. Bergson juga kini mendahului senarai penjaring terbanyak dan berjaya memintas Ifadayo dari Selangor buat ketika ini dengan kelebihan 1 gol.
Untuk rekod penjaring terbanyak Liga Super telah dipegang oleh Ghaddar sebanyak 23 gol pada tahun 2017 ketika bermain bersama Kelantan.Kita yakin dan tidak mustahil bergson mampu memecah jumlah gol tersebut dengan baki lagi 2 perlawanan.Ayuh bergson, JDT sudah mencipta rekod.. Kami pasti anda juga mampu membuat rekod selaku penjaring paling banyak dalam sejarah Liga Super.